Perayaan 'pesta cahaya' Deepavali perlu digunakan untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sempena Deepavali hari ini rakyat digalakkan kunjung mengunjung meningkatkan lagi keharmonian negara.
"Setiap lilin dan lampu yang dinyalakan bukan sekadar cahaya biasa, tetapi juga merupakan lambang harapan yang menyebarkan kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua untuk dunia yang lebih baik.
"Semoga Deepavali tahun ini membawa sinar cahaya menerangi kehidupan selurug rakyat Malaysia dengan penuh kasih sayang, semangat keharmonian, dan menyemarakkan lagi perpaduan sesama kita.
"Deepavali Nal Vaalthukkal kepada semua yang meraikannya," katanya dalam perutusan hari ini.
Commentaires