top of page

Deepavali: Semarak perpaduan kaum, cari titik temu, tingkatkan ihsan



Deepavali yang disambut oleh kalangan penganut Hindu pada esok hari merupakan simbolik kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan atas kebobrokan dan kekuatan ilmu mengatasi kejahilan serta keangkuhan.


Sempena 'pesta cahaya' itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap masyarakat India dan semua kaum di negara ini mengambil kesempatan menyemarakkan perpaduan antara kaum dengan mencari titik temu dan tingkatkan ihsan kepada segelintir yang kurang bernasib baik.


"Bagi pihak seluruh jentera kerajaan dan rakyat, saya ucapkan bagi semua penganut Hindu di Malaysia, selamat menyambut hari kebesaran Deepavali


"Hari ini menandakan dari sudut sejarah, kemenangan ke atas kezaliman, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan keadilan.


"Mudah mudahan kita sambut dengan meriah, bersama rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama menyambut kemeriahan dan kegembiraan," katanya dalam perutusan khas hari ini.


Justeru, Anwar berharap perayaan Deepavali kali ini dapat diraikan dengan semangat kebangkitan pemikiran yang segar dan murni agar darjat harakat rakyat seluruhnya dapat diangkat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page