top of page

Deepavali, raikan cahaya kemenangan atas kebatilan - Anwar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 14, 2020
  • 1 min read


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan selamat menyambut Deepavali hari ini mengingatkan makna utama perayaan tersebut, iaitu kemenangan cahaya atas kegelapan.


Katanya, setiap pejuang wajar bercita-cita mencapai kemenangan ke atas kebobrokan yang membelenggu keluarga, masyarakat dan juga negara.


"Perayaan Deepavali atau Diwali adalah salah satu perayaan terbesar yang diraikan oleh penganut Hindu seantero dunia. Perayaan ini juga dimaknai dengan memasang lampu-lampu dan cahaya yang menerangi jalanan dan rumah-rumah.


"Makna besar dari perayaan ini adalah kemenangan cahaya atas kegelapan, benar atas batil, dan juga keadilan atas kebobrokan.


"Atas semangat Deepavali juga, kita rakyat Malaysia harus insaf dan segera menghidupkan kerukunan sebagai jaminan kepelbagaian di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Datuk Seri Anwar turut berpesan agar perayaan yang disambut dalam suasana pandemik Covid 19 ini dilakukan dalam serba sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi tujuan menghindari merebaknya wabak maut tersebut.


"Perayaan Deepavali pada tahun ini masih dalam suasana wabak dan ini semestinya mengesankan aktiviti perayaan. Saya gesa penganut-penganut Hindu untuk terus tabah dan kuat, serta tingkatkan kewaspadaan agar sama-sama kita keluar dari wabak ini dengan jayanya.


"Mewakili keluarga majmuk KEADILAN saya ucapkan “Deepavali Nal Valthukal” kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia," katanya lagi.


Deepavali dirayakan oleh kira-kira 1.8 juta penganut agama Hindu di seluruh negara.

1 Comment


Aezuddin Zin
Aezuddin Zin
Nov 14, 2020

Perjuangan utk rakyat dan keadilan tidak ada noktah....teruskan perjuangan DSAI

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page