Deepavali perkukuh perpaduan rakyat Malaysia – Ramanan


Sambutan Deepavali bukan sekadar perayaan cahaya, sebaliknya membawa mesej murni mengenai kasih sayang, persaudaraan, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, sambutan perayaan itu perlu terus menjadi ruang untuk menyemarakkan semangat saling menghormati serta memperkukuh perpaduan rakyat.
Menurut Naib Presiden KEADILAN itu, nilai yang dibawa menerusi perayaan Deepavali penting dalam membina sebuah negara MADANI yang bersatu dalam kepelbagaian.
"Deepavali bukan sekadar perayaan cahaya, tetapi juga membawa mesej murni tentang kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan keharmonian.
"Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat saling menghormati dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, demi sebuah negara MADANI yang bersatu dalam kepelbagaian," katanya dalam perutusan sempena sambutan Deepavali hari ini.




Comments