top of page

Deepavali pererat perpaduan, kasih sayang, kesejahteraan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 20
  • 1 min read
ree

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menzahirkan ucapan Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat Hindu yang meraikan Pesta Cahaya, sambil menyeru agar semangat kasih sayang, perpaduan dan keharmonian terus dipelihara dalam kalangan rakyat Malaysia.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) dalam perutusannya mengajak rakyat untuk menjadikan sambutan Deepavali sebagai wadah menyebarkan kegembiraan dan kedamaian dalam kehidupan bermasyarakat.


"Kepada sahabat handai dan kenalan yang meraikannya, Selamat Hari Deepavali.


"Semoga setiap pelita yang dinyalakan membawa sinar kegembiraan, kasih sayang, dan kedamaian dalam hidup anda sekeluarga," katanya dalam muat naik di Facebook.

Adam Adli Abd Halim
Adam Adli Abd Halim

Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Adam Adli Abd Halim turut mengucapkan selamat meraikan Deepavali dengan menekankan nilai perpaduan sebagai nadi kekuatan negara.


"Semoga cahaya Deepavali terus menyinari langkah kita dengan harapan, kebahagiaan dan kesejahteraan.


"Di balik gemerlapan lampu dan indah warna perayaan, terserlah semangat kasih sayang, hormat dan perpaduan yang menjadi nadi kekuatan Malaysia.


"Raikanlah hari penuh makna ini, seindah cahaya Deepavali," katanya.


Kedua-dua mereka berharap sambutan Deepavali tahun ini menjadi simbol kepada cahaya harapan dan keharmonian yang berterusan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page