top of page

Deepavali KEADILAN Raub semarakkan semangat kasih MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 minutes ago
  • 2 min read

Wanita KEADILAN Raub juga memberi hamper kepada hadirin bertuah yang menghadiri jamuan
Wanita KEADILAN Raub juga memberi hamper kepada hadirin bertuah yang menghadiri jamuan

Majlis Jamuan Deepavali anjuran Wanita KEADILAN Cabang Raub berlangsung penuh keceriaan, menghimpunkan lebih 150 tetamu daripada pelbagai kaum dan latar belakang masyarakat, baru baru ini.


Majlis yang diraikan dalam suasana harmoni itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Sridayu Samsuri, yang merasmikan program berkenaan.


Dalam ucapannya, Sridayu menzahirkan rasa gembira dapat bersama masyarakat Raub menyambut perayaan Deepavali yang melambangkan cahaya, harapan dan keharmonian.


“Saya gembira hadir ke acara sambutan deepavali di Raub ini dan berharap bantuan daripada Kerajaan Madani serta program MITRA dapat dirasai sepenuhnya oleh komuniti India di daerah ini, sekali gus meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.


Beliau menegaskan, agenda Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menitikberatkan kebajikan masyarakat majmuk, termasuk memperkasa peranan wanita dan memperkukuh perpaduan komuniti.


Sementara itu, Pengarah Strategi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, Fakhrul Anuar Zulkawi dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan atas jemputan ke majlis tersebut, dan menekankan pentingnya hubungan erat antara cabang-cabang parti di negeri Pahang.


"Hubungan antara KEADILAN Kuantan dan KEADILAN Raub amat baik. Saya berharap ia dapat terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu dan pengalaman agar perjuangan parti terus mantap," ujarnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kuantan.


Turut hadir memeriahkan program ialah barisan kepimpinan tempatan termasuk Eliaa Aziz @ Eliass, Timbalan Ketua KEADILAN Cabang Raub; Sathiaseelan Iyadurai, Setiausaha Cabang; Junaida Mohamed, Ketua Wanita Cabang; Koogilah Wanny, Timbalan Ketua Wanita Cabang; Linda, Setiausaha Wanita Cabang; serta Baskaran, Ketua AMK Cabang Raub merangkap Naib Ketua AMK Pahang.


Dalam ucapan penutupnya, Eliaa Aziz @ Eliass merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan negeri yang hadir serta semua petugas dan sukarelawan yang menjayakan majlis dengan penuh dedikasi.


"Terima kasih kepada Wanita KEADILAN Raub, AMK Raub, dan semua AJK yang bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar. Inilah semangat perpaduan dan kasih madani yang sebenar," katanya.


Suasana majlis semakin meriah dengan sesi lucky draw hamper oleh Wanita KEADILAN Raub dan penyampaian ang pow kepada kanak-kanak oleh Saudara Baskaran, disusuli jamuan mesra yang memperkukuh ukhuwah antara ahli dan komuniti setempat.


Majlis ini bukan sekadar sambutan Deepavali, tetapi juga lambang perpaduan dan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap semua lapisan rakyat, selaras dengan aspirasi kerajaan inklusif dan peduli rakyat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page