Deepavali bawa sinar kesejahteraan, kebahagiaan
- Redzuan Shamsudin
- Nov 12, 2023
- 1 min read

Perayaan Deepavali yang disambut hari ini oleh rakyat beragama Hindu merupakan salah satu keunikan kemajmukan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan anutan agama.
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berharap semoga Deepavali tahun ini akan memberi keamaman dan kebahagiaan kepada rakyat yang berbilang kaum.
"Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua yang merayakan.
"Malaysia negara yang indah dengan pelbagai kaum dan kepercayaan masing-masing.
"Semoga kepelbagaian ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada penganut agama hindu," katanya.
Beliau berharap rakyat akan memanfaatkan perayaan ini dengan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di samping keluarga tercinta dan rakan-rakan bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan di Malaysia.
תגובות