top of page

Dedahkan syarikat pembalakan, rangka strategi Daya Tahan Negara - Shamsul



Kerajaan digesa mendedahkan nama nama syarikat pembalakan yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan banjir balak dan merosakkan banyak perkampungan di Pahang.


Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berkata, pendedahan itu wajar dilakukan bagi memudahkan rakyat yang mengalami kerugian harta benda mengambil tindakan undang undang ke atas syarikat tersebut.


"Kerajaan sewajarnya memberikan (mendedahkan) kepada kita syarikat yang diberikan kebenaran, kerana kita mahu mengalakkan rakyat memulakan tindakan saman atas kesalahan tort yang mana berlaku kecuaian sehingga memudaratkan orang ramai.


"Ini suatu yang penting untuk kita sama sama ambil tindakan tegas kerana kita tahu banjir satu perkara yang merunsingkan rakyat," katanya dalam sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir, sesi petang tadi.


Ketua Penerangan KEADILAN itu juga bertanya mengenai aset kerajaan Malaysia yang boleh digerakkan dalam keadaan banjir adakah menckupi.


Menurut beliau, tinjauan dalam kalangan mangsa banjir mendapati rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan peralatan mereka membantu mangsa.


Begitu juga, beliau mengkritik Menteri Pertahanan yang berada di luar negara ketika bencana tetapi tidak memberi arahan yang berkesan kepada ATM walaupun dalam zaman kecanggihan teknologi telekomunikasi.


Di samping itu, Shamsul turut tidak berpuas hati berhubung masalah banjir ini ditimbulkan secara bermusim serta tiada langkah konkrit yang diambil menanganinya.


"Sesi lepas saya bangkitkan banjir di kawasan saya. Pada ketika itu saya bangkitkan rakyat naikkan bendera merah ketika yang lain naik bendera putih. Mereka bertindak begitu kerana rasa lemah terpaksa berdepan pandemik (Covid 19), (tekanan) ekonomi dan keadaan banjir berkali kali," katanya.


Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan Malaysia mula melihat isu isu yang diwacanakan di peringkat antarabangsa berkenan perubahan iklim bagi menjamin persediaan masa hadapan sama ada menghadapi banjir atau bencana lain.


"Sekarang ini wacana di peringkat antarabangsa bercakap mengenai daya tahan. Bagaimana kita sediakan satu strategi Daya Tahan Negara.


"Adalah (baik jika ada) satu usaha mengambil wacana wacana seperti ini, agar kita menggubal satu strategi Daya Tahan Negara dalam berdepan dengan bencana yang mendatang," katanya.


Shamsul juga mengingatkan kerajaan agar tidak menguruskan bantuan pasca banjir dengan budaya tokenisme. Apabila berlaku bencana, katanya, diberi bantuan secara one off atau token dan kemudian rakyat ditinggalkan begitu sahaja.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page