Debat yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan dianjakkan ke bulan Syawal kerana kegentaran pihak Najib untuk meneruskannya pada bulan Ramadan
Bagi Datuk Seri Anwar, beliau kekal bersedia untuk berdebat di mana sahaja dan pada bila bila masa dengan syarat disiarkan oleh media utama negara.
"Datuk Seri Najib mencabar saya untuk berdebat dengan dia dalam kenyataan awal Ramadan.
"Saya jawab ini bulan Ramadan tetapi bila ada cabaran saya bersedia, mana mana ketika, tanpa syarat, asalkan ia harus terbuka di medan dan diizinkan rakyat menonton.
"Sekarang dia mengulas mengatakan tidak wajar di bulan Ramadan, harus mencecah awal bulan Syawal, yang ditetapkan hanya satu portal kecil (untuk penyiaran)," kata Anwar sinis.
Justeru, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengkritik syarat terbaharu pihak Najib yang dianggap menyekat kebebasan media. Katanya, dengan isu yang besar melibatkan kewangan negara, debat seharusnya disaksikan oleh semua rakyat Malaysia.
"Saya jawab harus terbuka mana mana media besar, sama ada Sinar atau TV3 atau RTM, mana sahaja. Jangan menyekat kebebasan media, supaya rakyat boleh menilai.
"Jadi saya harap Datuk Seri Najib jangan berdolak dalik lagi. Dia cabar, saya jawab dan inshaAllah kita bertemu," kata Anwar lagi.
Comentários