top of page

Debat Najib - Anwar: Kalau gentar jangan guna Ramadan sebagai alasan



Debat bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkait isu Sapura Energy Bhd berkemungkinan tidak menjadi kenyataan pada bulan Ramadan ini.


Hal itu berikutan komentar yang diberikan oleh Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil di media sosialnya yang menegaskan bulan Ramadan adalah untuk beribadah, puasa dan solat tarawih, bukan berdebat.


Menanggapi dalih itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, perkara yang dilarang pada bulan Ramadan ialah melakukan dosa atau maksiat, bukan hal mencari kebenaran dalam sesuatu perkara.


"Di bulan Ramadan apa yang dilarang ialah berbuat jahat, umat Islam tidak dilarang berdebat.


"Kalau Najib tidak berasa yakin pada bulan Ramadan, cakap je la tak yakin sekarang," katanya dipetik Malaysiakini.


Najib dan Anwar bersetuju untuk berdebat mengenai cadangan bail out Sapura Energy Bhd yang mengalami masalah kewangan, tetapi terma perbahasan, serta masa dan tempat, belum ditetapkan.


Fahmi dilantik oleh Datuk Seri Anwar sebagai wakil untuk menyelaraskan debat berkenaan.


Namun kemudian pihak Najib mahukan debat tersebut dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page