top of page

'Debat mengenai dasar, tawaran, bukan standard Onn atau Dr Maszlee'

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 6 days ago
  • 1 min read

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa Dr Maszlee Malik bukan 'standard' untuk berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengundang kritikan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Terengganu, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin berkata, isu sebenar perdebatan ialah tentang kesediaan membahaskan dasar dan prestasi pentadbiran negeri.


"Debat ini tidak mengira latar belakang sepenuhnya. Apabila timbul dakwaan bahawa Dr Maszlee bukan 'level' untuk berdebat, saya rasa apa yang ingin disampaikan adalah budaya Barisan Nasional (BN) yang tidak mengamalkan konsep debat.


"Sedangkan apa yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH) pula, kita nak mengubah persepsi rakyat melalui medium debat yang dijalankan secara ilmiah agar rakyat nampak (manfaat atau hala tuju) jika rakyat memilih parti berkenaan.

Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin
Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin

"Sepatutnya apabila Dr Maszlee dipelawa untuk berdebat (dan pada masa sama) kita tahu Onn Hafiz ialah Menteri Besar Johor.


"Jadi, dalam debat itu sepatutnya kita hendak melihat apa yang mahu ditawarkan BN kepada rakyat Johor, bukannya berdebat mengenai perkara yang tidak berkaitan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Mohamad mengenai 'kelayakan' Dr Maszlee yang juga merupakan mantan profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Terdahulu, Mohamad menyifatkan cadangan agar Onn Hafiz berdebat dengan Dr Maszlee sebagai tidak berasas.


Beliau dilapor berkata, Dr Maszlee bukan 'standard' untuk berdebat dengan Menteri Besar, sebaliknya mencadangkan beliau berdebat dengan Ketua Bahagian UMNO sahaja.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page