top of page

Debat Anwar - Najib di Dewan MATIC - Fahmi



Debat perdana Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak yang terhalang untuk diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya diputuskan akan dilangsungkan di lokasi baharu


Wakil penganjuran debat tersebut, Fahmi Fadzil berkata, lokasi baharu yang dipersetujui adalah di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC).


"Pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Sri Najib Razak telah mengadakan perbincangan dan mencapai kata sepakat terkait tempat penganjuran Debat Perdana.


"Dengan ini dimaklumkan kedua-dua pihak bersetuju untuk memilih Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran debat tersebut pada 12 Mei 2022, pada jam 9 malam," katanya.


Menurut beliau, media penyiar tidak berubah dan akan disiarkan dalam media media utama negara serta serangkaian media sosial terpilih.


"Debat Perdana ini akan disiar secara langsung oleh media rasmi melalui saluran tv dan media sosial yang akan diumum kemudian.


"Kedua-dua pihak turut berharap Debat Perdana itu akan berlangsung dengan sempurna minggu hadapan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page