top of page

DBKL terima 9 ribu permohonan rumah, lulus hanya 1,500 - P Prabakaran



Perumahan bagi menempatkan rakyat dalam kategori B40 agak kronik apabila pemintaan melebihi penawaran pada julat yang agak besar.


Ahli Parlimen P Prabakaran (PH - Batu) bertanya kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai keupayaan agensi di bawah kementerian berkenaan menyediakan rumah bagi rakyat yang tidak mampu membeli rumah yang dibangunkan oleh sektor swasta.


"Dengan kadar inflasi harga barang naik, kadar ekonomi merosot, peluang pekerjaan rendah saya rasa semakin hari kita dapati (semakin banyak) rakyat Malaysia memohon rumah PPR dengan kerajaan


"Saya ada satu fakta, DBKL telah menerima 9,948 permohonan untuk menyewa unit perumahan awam dan perumahan rakyat pada 2019 hingga Ogos lalu.


"Dalam 1 setengah tahun ada 9,000 permohonan di Kuala Lumpur sahaja dan sebanyak 1,547 diluluskan, bakinya tidak tahu apa statusnya. Adakah mereka ada rumah atau tidak kita tidak tahu?


"Apakah tindakan KPKT untuk membantu pemohon seperti ini supaya mereka dapat rumah dari kerajaan?" tanya Praba.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Mutalib bagaimanapun berkata, di Malaysia ada 15 agensi yang terlibat membina rumah, termasuk Kementerian Wilayah, Kerajaan Negeri dan pihak swasta. Beliau beranggapan permohonan di Wilayah itu khusus untuk rumah PPR.


Jelasnya, pada 5 tahun ke hadapan KPKT telah merancang membina 500,000 rumah mampu milik untuk seluruh rakyat.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page