top of page

DBKL perlu jalankan kajian semula pembangunan Bukit Dinding, Setiawangsa



Pembangunan di Bukit Dinding, Setiawangsa, Kuala Lumpur meresahkan penduduk sekitar apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan cadangan pembinaan bangunan kediaman di kawasan bukit tersebut.


Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, pembangunan perumahan di kawasan bukit atau kaki bukit tidak seharusnya dengan mudah dibenarkan, apatah lagi katanya, laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang dikemukakan di kawasan tersebut bertarikh 5 tahun lalu.


"Kita minta data dikongsikan segera kepada pihak penduduk. Sebagai pihak berwajib DBKL perlu bagi kami taklimat. Pemaju perlu adakan sesi strategik komunikasi. Kita mahu dengar ini dari DBKL.


"Wakil setiap persatuan penduduk terlibat perlu dilibatkan, DBKL, Pemaju dan sebagainya.


"Mereka bersandarkan laporan lama, perlu buat laporan baru. Sepatutnya DBKL lantik konsultan tersebut dan dibayar oleh pemaju. Ada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan buat begitu.


"Bagi saya laporan EIA mesti yang terbaharu berdasarkan keadaan setahun dua kebelakangan ini. Jika laporan 5 tahun lalu banyak benda telah berubah," katanya dalam sidang media di lokasi petang semalam.


Menurut Nik Nazmi lagi, kawasan Bukit Dinding sedekad lalu pernah menyaksikan runtuhan tanah yang menyebabkan beberapa rumah roboh, termasuk rumah Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.


"DBKL dalam hal ini perlu kongsi laporan, kemudian report semasa EIA," katanya lagi.


Tegas Nik Nazmi penduduk sekitar Bukit Dinding sukar diyakinkan dengan keselamatan pembangunan perumahan baharu di bukit berkenaan kerana sehingga hari ini masih berlaku runtuhan tanah.


Mereka berharap untuk diberi peluang menyuarakan bantahan. Kata mereka, sekiranya pemaju boleh diberi peluang untuk mengubah rancangan struktur di bukit berkenaan, mereka juga perlu diberi peluang untuk membantahkanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page