top of page

DBKL edar 40,000 bendera meriahkan HWP 2024

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 31, 2024
  • 2 min read


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengedarkan 40,000 helai bendera Wilayah Persekutuan kepada seluruh kawasan Parlimen di ibu kota bagi memeriahkan lagi Hari Wilayah Persekutuan (HWP) 2024 yang disambut esok.


DBKL dalam kenyataan berkata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh turut menyerahkan bendera itu kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), agensi sahabat, institusi pengajian tinggi, sekolah dan pemilik bangunan pada 29 Januari lalu.


Hari Wilayah Persekutuan 2024 yang turut disambut sempena 50 tahun Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan dimeriahkan dengan hiasan 3,000 gegantung bendera wilayah itu yang dipasang di sepanjang jalan utama di ibu kota.


DBKL memasang bendera tersebut di Jalan Raja Laut, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail.


Selain itu, sebanyak 1,550 bendera Wilayah Persekutuan telah dipasang pada tiang lampu di sekitar ibu negara.


DBKL juga mengeluarkan surat kepada pemilik-pemilik bangunan di Kuala Lumpur untuk turut bersama-memasang bendera Wilayah Persekutuan pada bangunan milik mereka.

Pada 28 Januari lalu, DBKL telah melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Peringkat Kuala Lumpur semasa program Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM).


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL Mohamad Hamim.


Bagi memastikan sambutan tahun ini dapat dirasai di pelbagai peringkat, sebanyak 11 program dianjurkan oleh DBKL sempena Sambutan Hari Wilayah pada tahun ini antaranya Fun Run Sempena 50WP di Dataran DBKL kelmarin dan program Wilayah Perseketuan Berselawat di Panggung Anniversari pada 1 Januari lalu.


Turut dianjurkan Teaterikal Gemuruh sempena 50 tahun WP di Panggung Bandaraya pada 23-25 Februari ini, Prosperity Walk & Sambutan Tahun Baru Cina sempena 50WP (24 Februari), Marathon Basikal @GFNY Kuala di Dataran Merdeka (25 Februari) dan Paints-By-Number WP 2024 (program hiasan mural di bangunan) pada 3 Mac depan.


Turut dijadual berlangsung Wacana Ilmu Malaysia MADANI:50 tahun WP di Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Mac depan selain Majlis Berbuka Puasa 50WP (April), Rumah Terbuka Aidilfitri 50WP (Mei) dan Karnival 50WP Tahun 2024 (13-14 Julai).

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page