top of page

DBKL ambil tindakan penjaja sewakan tapak bazar kepada pihak lain

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 26, 2024
  • 1 min read


Penjaja tapak bazar Ramadan di Kuala Lumpur diberi amaran agar tidak menyewakan premis mereka kepada peniaga lain.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata, tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diambil sekiranya ada mana-mana penjaja dikesan melakukan perkara itu.


"Kita telah maklumkan kepada penguat kuasa DBKL bahawa kita perlu lebih tegas untuk tahun ini.


"Sekiranya kita dapati ada penjaja yang dapat (tapak) dan sewakan kepada orang lain, kita terus rampas lesen itu dan tidak dibenarkan berniaga selama-lamanya oleh DBKL," tegasnya.


Azman Abidin berkata begitu kepada pemberita ketika ditemui selepas Sumbangan Back To School di Institut Latihan DBKL di Kuala Lumpur pada Ahad.


Beliau memaklumkan, ada aduan sebelum ini bahawa tapak bazar Ramadan dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menyewakan tapak itu dengan kadar bayaran lebih tinggi kepada peniaga lain.


Meskipun isu terbabit dilihat mencabar untuk ditangani, DBKL jelasnya mempunyai pasukan petugas untuk melaksanakan penguatkuasaan membabitkan kesalahan itu.


"Kita tidak boleh kenal pasti mereka (yang menyewakan tapak dan menjual lesen) kerana walaupun mereka sudah sewakan (tapak) kepada orang lain, apabila ditangkap orang itu maklumkan dia bekerja dengan pelesen berkenaan.


"Jadi, itu antara masalah yang dihadapi. Tetapi kita cuba untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.


Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page