top of page

Daya saing Malaysia melonjak, masa untuk segerakan reformasi kerajaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17
  • 2 min read

Kerajaan perlu segera melaksanakan proses reformasi termasuk Rang Undang-Undang Komitmen Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan (GSEC) 2025 yang telah diluluskan pada Mac lalu ketika negara kini berada pada kedudukan ke-23 daripada 69 ekonomi dunia.


Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung ketika membuat gesaan itu berkata pencapaian tersebut mengukuhkan keyakinan terhadap pentadbiran di bawah pentadbiran Madani, hasil penilaian terhadap prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur negara yang kompetitif.


"Sebaik sahaja diwartakan, akta ini (GSEC) akan menjadi salah satu langkah reformasi untuk meningkatkan kedudukan daya saing negara dan indeks persepsi rasuah.


"Saya menggesa kerajaan agar mempercepatkan pelaksanaan agenda reformasi dalam baki dua tahun ini dan memastikan ia dilaksanakan serta diterangkan dengan berkesan. Kita berada di landasan yang betul dan kini masa untuk berlari lebih pantas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Chean Chung berkata GSEC yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan sektor awam telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Mac lalu.


Akta ini mewajibkan entiti kerajaan menjalankan semakan prosedur terhadap instrumen peraturan masing-masing dan mengurangkan beban peraturan sekurang-kurangnya 25% setiap tiga tahun, ujarnya.


"GSEC juga memperuntukkan kaedah penarafan untuk mengukur, menilai dan memantau penyampaian perkhidmatan oleh entiti kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri," kata beliau.


Dalam pada itu, Chean Chung menyatakan beliau amat teruja apabila menerima berita bahawa Malaysia telah melonjak 11 anak tangga dalam World Competitiveness Ranking (WCR) 2025 yang diterbitkan oleh International Institute for Management Development (IMD).


"Kita kini berada di kedudukan ke-23 daripada 69 ekonomi dunia, naik daripada tangga ke-34 tahun lalu. Ini merupakan pencapaian terbaik negara sejak dilanda pandemik Covid-19 pada 2020," ujarnya.


Jelas beliau, kedudukan tersebut menunjukkan negara ini berada di landasan yang kukuh untuk menangani isu-isu seperti rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) yang disasarkan kepada kumpulan berpendapatan tinggi sebagai sumber hasil negara.


Kata beliau perkara itu boleh dilihat apabila pada tahun lalu, negara mencatatkan pertumbuhan kukuh iaitu meningkat 5.1% pada 2024 dan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertinggi sejak 2017 (sebanyak 6.3%).


Selain itu jelasnya negara ini juga merekodkan pelaburan langsung asing tertinggi dalam sejarah iaitu RM378.5 bilion yang telah menjana lebih 207,000 peluang pekerjaan.


"Kita sedang membina semula negara ini secara perlahan tetapi pasti," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page