top of page

Datuk Seri Anwar pertahan jawatan Presiden KEADILAN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 11, 2022
  • 1 min read


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan jawatan beliau dalam Pemilihan KEADILAN 2022.


Hal itu disahkan dalam satu kenyataan media dari Pejabat Presiden KEADILAN, sebentar tadi.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden KEADILAN bagi penggal 2022/2025.


"Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari," kata kenyataan tersebut.


Setakat ini untuk jawatan Presiden KEADILAN tiada calon lain berhasrat menawarkan diri. Bagaimanapun pencalonan masih dibuka sehingga 5 petang ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page