top of page

Datuk Seri Anwar diumum calon tunggal jawatan presiden



Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat.


Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa pada jam 12.00 malam tadi di Ibu Pejabat KEADILAN sebaik sahaja tamat proses pencalonan bagi Pemilihan KEADILAN 2022 pada siangnya.


"Pukul 12 pagi, 11 April 2022 maka tamatlah pencalonan Majlis Pimpinan Pusat juga Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat


"Kita lihat pada Majlis Pimpinan Pusat maka Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon tunggal kepada (posisi) presiden. Tiada pencalonan lain," katanya.


Dengan pengumuman itu Datuk Seri Anwar akan meneruskan kepimpinan parti untuk penggal kedua setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan 2018 lalu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page