top of page

Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat



Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini dipilih menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat


Usul bagi melantik Johari dibawakan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian disokong Timbalan perdana menteri, DatuK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Pembangkang turut mengusulkan calon bagi Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan mencalonkan bekas Menteri Dalam Negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad.


Usul itu dibawakan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan kemudian disokong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.


Susulan ada lebih daripada dua pencalonan, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin bin Bacha Mydin kemudian mengarahkan undi blok dijalankan bersurat berdasarkan peraturan mesyuarat 4.3.


Pada proses pengundian itu, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.


Dr Nizam kemudian mengumumkan Johari mendapat sebanyak 147 undi berbanding Mohd Radzi yang sekadar mendapat 74 undi.


"Maka menurut peruntukan 4.3, saya dengan ini memashurkan bahawa Datuk Johari bin Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Susulan pengumuman itu, Johari kemudian dipanggil masuk ke Dewan bagi mengangkat sumpah jawatan dan menjalankan tugasnya sebagai pengerusi mesyuarat.


Sebagai rekod, semalam Johari mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Gurun berkuat kuasa serta merta.


Sumber Pejabat Parlimen memaklumkan seseorang ahli politik yang tercalon bagi jawatan Speaker Parlimen harus melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di peringkat DUN negeri bagi mengelakkan pertindihan tugasan.


Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Biro Tata Negara (BTN) selain mempunyai ijazah sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.


Johari yang juga Timbalan Pengerusi HARAPAN Kedah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal.


Pemimpin politik Senior itu tidak menyertai pilihan raya umum lalu dan digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq Johari, yang menjadi satu-satunya wakil HARAPAN yang menang di Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page