top of page

Datuk Dr Nor Irwan mahu Satok jadi bandar bistari



Calon KEADILAN DUN Satok, Datuk Dr Nor Irwan Ahmar Nor akan memastikan bandar Satok menjadi bandar bistari (smart city).


Beliau berkata demikian dalam kempen terakhirnya pada petang tadi.


"Saya akan menjadikan Satok bandaraya bistari dan peduli rakyat. Maknanya rakyat akan rasa selamat dan selesa. Tidak risau untuk ke mana mana.


"Kita mahu pastikan CCTV ada sekitar bandaraya. Tidak ada masalah sosial lagi, tiada kes jenayah. Kita akan pastikan kawasan ini sejahtera untuk penduduk Satok.


"Saya juga berjanji setiap kali rakyat bangkitkan isu, kita akan segera berindak. Kita berjumpa pihak berkenaan, agensi berkenaan, kalau banjir jumpa JPS, kalau jalan rosak kita pergi ke JKR, kalau ada asnaf kita pergi ke jabatan kebajikan," katanya.


Selain itu, Dr Iwan yang juga seorang jurutera bertauliah berjanji akan memastikan insfrastruktur yang dibina di Satok berkualiti tinggi dan berkelas satu.


"Saya akan ambil peduli semua pembangunan, diselia dan direka bentuk dengan betul serta berkualiti dan memenuhi insfrastruktur bertaraf A.


"Kalau jalan cukup tebal turapnya, juga ada laluan yang cukup. Kita juga mahu melihat insfrastruktur ini boleh digunakan secara mesra pengguna. Contohnya, jika malam seseorang mahu mengayuh basikal bersenam maka selamat, juga laluan pejalan kaki yang selamat dan baik.


"Saya percaya jika kita ambil peduli pembangunan, rakyat di Satok akan mendapat kualiti insfrastruktur kelas 1," katanya.


Beliau turut berjanji akan menggerakkan aktiviti ekonomi di bandar Satok yang terjejas akibat Covid 19.


Dr Irwan berkata, beliau akan memastikan penduduk boleh membuka perniagaan kecil kecilan untuk menambah pendapatan di kawasan sesuai.


Untuk itu, beliau menyeru agar pengundi di Satok membuat perubahan dengan mengundi calon KEADILAN pada pilihan raya esok.


"Saya menyeru semua pengundi DUN Satok keluar beramai ramai esok, pilihlah pemimpin yang berwibawa dan boleh mengubah nasib rakyat.


"Pastikan keluar seawal mungkin dan elakkan kesesakan pada sebelah tengah hari atau petang.


"Beri peluang kepada saya untuk mengangkat suara rakyat di Satok sebagai semak dan imbang, angkat isu rakyat tanpa kompromi," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page