top of page

Data kemalangan jalan raya akan disiarkan secara harian



Bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap tahap keseriusan kadar kemalangan maut di negara ini, pihak polis akan menyiarkan data nahas lalu lintas setiap hari sebagaimana statistik kes Covid-19 dipamerkan dalam masa nyata secara harian.


Menteri Pengangkuatan Anthony Loke Siew Fook berkata rekod kemalangan jalan raya pada tahun lalu mencatatkan seramai 6,443 orang maut setahun dengan purata 18 kematian sehari iaitu tertinggi dalam tempoh lima tahun.


Beliau berkata, dua pertiga dari jumlah tersebut iaitu 4,480 kematian disebabkan pengguna motosikal dengan 12 kematian sehari.


Bercakap kepada pemberita di Parlimen semalam, Loke berkata langkah untuk mempamerkan data harian nahas jalan raya itu merupakan keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya.


"Angka ini amat serius, kemalangan maut sebenarnya lebih tinggi daripada jumlah kes dan kematian ketika pandemik Covid-19, ketika itu jumlah kematian dipapar oleh media setiap hari.


"Jadi keputusan mesyuarat jawatankuasa Kabinet hari ini supaya setiap hari maklumat kemalangan jalan raya dikeluarkan pada masa nyata setiap hari.


"Pihak polis sudah bersetuju dan putuskan untuk keluarkan maklumat secara harian," katanya yang menambah sebelum ini data tersebut dikeluarkan setahun sekali.


Loke berkata, langkah tersebut diambil bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang punca utama kematian di negara ini adalah akibat kemalangan jalan raya.


Jelasnya perkara itu perlu dipandang serius kerana kebanyakan kes kemalangan disebabkan kecuaian pemandu sendiri.


Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu berkata, kerajaan akan terus melaksanakan beberapa inisiatif dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya seperti pembaikan permukaan jalan dan bahu jalan, menambah baik papan tanda, garisan jalan, lampu jalan dan lampu isyarat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page