top of page

Data Internet Selangor percuma: 200 penerima kad SIM di setiap DUN


Kerajaan Negeri Selangor akan mengagihkan 200 kad SIM data internet percuma ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diberi kepada individu yang layak.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap penerima yang layak akan mendapat data internet percuma selama 12 bulan dan dibiayai sepenuhnya oleh Menteri Besar Incorperated atau MBI.


"Penggunaan internet telah menjadi satu keperluan terutama dalam keadaan kita duduk di rumah tetapi masih perlu bekerja, berniaga, juga termasuk sesi pembelajaran secara dalam talian.


"Kita didedahkan dengan norma baharu yang memerlukan internet namun tidak semua mampu melanggan (pelan) data (internet) kerana memikirkan keperluan asas lain yang lebih penting,” katanya dalam siaran pengumuman khas Data Internet Selangor, hari ini.


Menurut Amirudin, melalui program itu Kerajaan Negeri menjangkakan sebanyak 70,000 rakyat Selangor bakal menikmati kad SIM dan data internet percuma dengan peruntukan RM17.5 juta.


Beliau berkata, inisiatif itu menyasarkan pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Selangor (Unisel).


Selain itu, manfaat tersebut turut akan dinikmati pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.


"Syarikat-syarikat telekomunikasi akan terlibat secara langsung dalam penyediaan data internet seterusnya membantu melancarkan kehidupan seharian secara lebih teratur


"Dalam pada kita membiasakan diri dengan kehidupan norma baharu dengan peniaga perlu menggunakan saluran pendigitalan serta rakyat perlu menyesuaikan diri dengan bekerja dan belajar dari rumah, semua ini memerlukan jumlah penggunaan data internet bagi kelancaran sesuatu aktiviti," katanya lagi.


Inisiatif berkenaan, jelas Amirudin merupakan sebahagian daripada Pakej Kita Selangor 2.0


Beliau berkata setiap Exco, Ahli Dewan Negeri dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) bertanggungjawab dalam memastikan golongan sasar yang disebutkan termasuk pelajar, petani, peniaga atas talian serta ibu tunggal mendapat manfaat.


Manakala individu yang ingin memohon data internet berkenaan boleh melakukannya di pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing. Maklumat mengenai pusat khidmat boleh disemak menerusi laman sesawang Platform Selangor www.platselangor.com.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page