top of page

Data dikumpul dalam sistem PADU selamat, dilindungi akta



Orang ramai tidak perlu gusar dengan data yang dikumpul menerusi sistem Pangkalan Data Utama (PADU)


Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tidak timbul isu data peribadi individu akan disalah guna kerana ia dikawal selia oleh beberapa akta sedia ada.


"Malah bagi memperkukuhkan perlindungan data peribadi individu, Akta Omnibus yang akan dibentangkan kerajaan juga mampu menghalang daripada ia disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.


"Maka, tidak timbul bahawa data ini akan disalahgunakan, tipu dan sebagainya. Bagi saya ia tidak boleh berlaku dengan mudah sekarang kerana terdapat akta yang mengawal selia.


"Akta Omnibus yang akan dibentangkan di masa akan datang ini juga akan mengawal privasi data kita," jelasnya ketika menjadi tetamu dalam satu rancangan terbitan Bernama TV.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan PADU, iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.


Objektif PADU ialah sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar, yang membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan serta penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, selain membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada November lalu dilaporkan berkata kerajaan akan membentangkan Akta Omnibus di Dewan Rakyat bagi membolehkan perkongsian data antara semua agensi kerajaan menerusi sistem PADU.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page