Dasar RENEW galak guna semula bangunan lama - Dr Zaliha
- Suara Keadilan

- Oct 13
- 1 min read

Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan Dasar RENEW dan Garis Panduan Penggunaan Semula Bangunan Kuala Lumpur bertujuan menghidupkan semula bangunan lama dan terbiar di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, dasar berkenaan tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal, tetapi juga bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon dan mengekalkan identiti kota.
"Trend semasa banyak bangunan lama tidak lagi digunakan memberi kesan negatif kepada nilai hartanah dan mencacatkan pemandangan bandar.
"Jika bangunan masih selamat, bernilai dari segi warisan dan berdaya ekonomi, maka pilihan paling wajar adalah penggunaan semula, bukan merobohkan semata-mata atas nama pembangunan baharu," katanya.
Dr Zaliha pada Ahad hadir ke Majlis Peluncuran Dasar RENEW di Taman Botani Perdana, di Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut beliau menjelaskan, dasar tersebut adalah sejajar dengan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) yang mengutamakan pandangan rakyat dalam setiap keputusan pembangunan.
Dasar itu juga memberi peluang kepada pemaju dan pihak berkepentingan untuk memanfaatkan semula bangunan lama menerusi insentif khas termasuk pengurangan caj pembangunan, kelulusan pantas (fast lane), kadar sewaan berinsentif untuk PKS dan komuniti, pengiktirafan karbon rendah serta geran padanan hijau.
Justeru tegasnya, kementerian berharap lebih banyak pemaju dapat menyertai inisiatif yang diperkenalkan itu.









Comments