top of page

Dasar Pertanian: Petani perlu bantuan teknologi, pinjaman modal, pajakan tanah bersesuaian



Sektor Pertanian di Malaysia tidak akan maju sekiranya tidak mendapat galakan yang bersesuaian.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin, sejak berpuluh tahun lalu kerajaan Malaysia tidak menumpukan kepada sektor pertanian sehingga petani kekurangan modal malah tanah pun semakin kecil untuk sektor berkenaan.


Hal itu, katanya menyukarkan pelaburan teknologi baharu untuk meningkatkan hasil.


"Tanah kita (guna pertanian) 80% kepada sektor kelapa sawit, agro makanan hanya 13%, sangat kecil. Selain itu adalah getah.


"Keadaan tanah yang kurang kita perlu tingkatkan teknologi. Selama ini kita tidak fokus kepada pertanian. Selalu kita tumpu beri tanah kepada kilang, bina rumah, beri tanah kepada petani dianggap tak untung kepada negeri. Mereka sanggup jual beribu hektar tanah kepada pemaju perumahan.


"Kerajaan Negeri lebih pro kepada pemaju dan pengilang. Dari segi teknologi kita perlu melabur. Thailand lebih maju kerana mereka fokus kepada pertanian tetapi Malaysia tidak. Sekarang baru ada kesedaran," katanya dalam temubual bersama Lensa Parlimen, semalam.


Menyentuh teknologi yang diperlukan untuk meningkatkan hasil, Sim berkata, kerajaan harus memperkenalkan penasihat teknologi yang terdiri daripada pegawai-pegawai pertanian untuk melawat petani dan memberi galakan serta tunjuk ajar.


Perubahan teknologi juga, katanya perlu memastikan petani bebaloi dalam pelaburan mereka.


"Kita perlu tingkatkan dari segi beri bantuan sebab petani kita mahu tukar cara, dia akan teliti pelaburan berbaloi atau tidak. Tanah TOL 2 - 3 tahun sahaja, jadi mereka tak mahu buat pinjaman. Tanah perlu dipajak sehingga 10 tahun dan petani dapat modal serta untung untuk teknologi.


"Kedua bagi pinjaman, orang B40 mana ada duit untuk pelaburan. Kemudian teknologi jenis apa mereka perlukan nasihat. Pegawai pertanian perlu pergi nasihat guna teknologi baharu," katanya.


Selain itu, kerajaan juga perlu berstrategi dalam membangunkan industri asas tani. Pertanian, menurut Sim, tidak boleh mengikut keperluan semasa sebaliknya kelestarian jangka panjang.


"Kita perlu cuba tingkatkan pengeluaran dalam negeri supaya kurangkan import. Kita cukup ayam dalam negara, boleh eksport. Telur ada 110%, lebihan ekspot ke Singapura. Ikan lebihan dan ada import. Cuma kita kurang susu, daging lembu dan beras yag kita import 30%.


"Kita juga perlu strategi dalam sektor ini, misalnya lembu, cuaca Malaysia tidak sesuai jadi lebih baik import. Kita boleh lebihkan pengeluaran ayam dan dapatkan tukaran asing kerana eksport.


"Jangan terburu-buru, katakan lembu tak cukup semua nak bela lembu. Perlu dilihat strategi," katanya.


Ditanya pencapaian sasaran pertumbuhan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia ke 12 disasar sebanyak 3.8%, Sim menganggap angka tersebut agak tinggi dan memerlukan usaha keras untuk mencapainya.


Ahli Parlimen Bayan Baru itu juga berharap agar kerajaan Perikatan Nasional akan memakai syor kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini dalam membina dasar pertanian baharu.


"Dasar Agro Makanan 2011 - 2020 kita perlu tengok laporan, adakah dasar itu tercapai. Kemudian dasar baharu 2021 kita tengok adakah hingga 2030? Inilah masa PH, kita telah beri imput dasar yang baru. Kita harap dasar itu diguna pakai ke dalam dasar agro makanan baharu.


"Perlu ada perubahan kerana angro makanan sangat penting post pandemik, sebab post pandemik lebih menumpukan kepada sekuriti makanan. Sebab bergantung kepada pengimportan makanan luar negara negara mengalami masalah penghantaran dan sebagainya. Setiap tahun Malaysia mengimport RM50 bilion dari segi makanan. Ini sangat besar.


"Kita import sayur, kita boleh tanam kenapa import? Buah juga diimport buah seperti limau, anggur dan lain lain. kalau kita hasilkan buah tempatan cukup sepeti nenas, tembikai dan sebagainya kita boleh gantikan import," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page