top of page

Dasar pendigitalan data dijangka siap Julai ini - Gobind

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 1 min read


Kementerian Digital kini sedang merangka satu dasar khusus bagi mempercepatkan proses pendigitalan data kerajaan sebagai langkah menyokong pelaksanaan Akta Perkongsian Data 2025 (Akta 864).


Menterinya Gobind Singh Deo berkata, dasar itu dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya bulan Julai dan akan dibentangkan kepada Kabinet sebaik siap.


"Saya sudah memberikan tempoh tiga bulan kepada Jabatan Digital Negara (JDN) (untuk memperincikan dasar terbabit) dan saya harap kalau bukan dalam bulan ini, dalam bulan Julai.


"Pelaksanaan dasar ini penting kerana sebahagian besar data kerajaan seperti fail bercetak, gambar dan rakaman audio masih berada dalam bentuk analog.


"Untuk membolehkan kita memanfaatkan teknologi seperti AI, kita mesti pastikan semua data kerajaan tersedia dalam bentuk digital dan berkualiti tinggi," katanya dipetik dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perkongsian Data Negara di Putrajaya pada Selasa.


Sementara itu menurut Gobind, pendigitalan data bukan sahaja berkaitan menukar fail fizikal kepada digital, tetapi turut melibatkan tadbir urus data, keselamatan, dan budaya penggunaan teknologi dalam pentadbiran awam.


Dasar itu juga tegasnya tidak hanya boleh tertumpu kepada kerajaan pusat, tetapi perlu juga dilaksanakan di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Kalau kita mahu dasar yang dibuat kerajaan tepat dan berkesan, itu hanya boleh dicapai jika seluruh sistem pentadbiran mengambil bahagian dalam proses pendigitalan ini," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyeru semua kerajaan negeri menggubal undang-undang berkaitan perkongsian data, bagi menyokong penguatkuasaan Akta 864 yang dijangka berkuatkuasa tahun depan.


Tambahnya, setakat ini negeri Pulau Pinang dan Selangor telah menyatakan komitmen manakala Premier Sarawak juga memberikan maklum balas yang positif.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page