top of page

Dasar Kerajaan Madani utamakan pengangkutan awam di bandar raya - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 24
  • 2 min read
DS Anwar diberi taklimat berkenan pelan pembangunan pengangkutan awam bandar raya. Foto FB Anwar
DS Anwar diberi taklimat berkenan pelan pembangunan pengangkutan awam bandar raya. Foto FB Anwar

Projek-projek di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Transit Aliran Massa (MRT) perlu menjadi tulang belakang bandar raya bagi menjamin keselesaan rakyat, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keutamaan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada masa ini ialah mengutamakan pengangkutan awam dan bukannya kenderaan persendirian dalam usaha mengatasi masalah kesesakan.


"Kita akan ambil keputusan yang memihak kepada majoriti. Sebab itu saya katakan beberapa projek baru dikenal pasti di bawah Kementerian Pengangkutan, (seperti) MRT dan lain-lain untuk memastikan ia menjadi tulang belakang bandar raya yang boleh memberikan jaminan keselesaan," katanya ketika berucap melancarkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 di Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.


Perdana Menteri berkata perumahan-perumahan baharu pula mesti menggunakan solar sebagai sebahagian daripada usaha peralihan tenaga dan mewujudkan kawasan lapang untuk mengurangkan tekanan penduduk.


"Itu syarat-syarat baru yang tidak ada dalam peraturan dan perundangan kita dan ini akan menjamin kelestarian bandar raya. Saya percaya, bandar raya akan pastikan seperti mana disebut tadi, kawasan lapang.


"Kawasan lapang kalau di sekolah itu tidak semestinya padang. Ada di satu tingkat di bangunan juga akan memenuhi keperluan pelajar-pelajar. Jadi dia kurang tekanan untuk menggunakan padang walaupun kawasan lapang itu diletakkan sebagai syarat," jelasnya.


Selain itu beliau berkata kerajaan turut perlu membuat pelancatan besar-besaran tentang usaha mengekalkan bangunan-bangunan warisan di ibu kota dan mewujudkan kawasan hijau di persekitarannya.


"Yang memberikan karakter, identiti daripada Bangunan Sultan Abdul Samad ke Keretapi Tanah Melayu, dari Dayabumi sehingga ke Carcosa Seni Negara di hujungnya. Itu dibangunkan dan mula dikerjakan di Bangunan Sultan Abdul Samad supaya Kuala Lumpur ini juga kekal dengan watak karakter yang tersendiri.


"Bukan sahaja dari segi mercu tanda yang tinggi tetapi dari segi keselesaan hijaunya, sejarahnya, warisannya, kawasan yang selesa bagi rakyat biasa berjalan kaki atau naik basikal. Itu akan ditekankan," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page