top of page

Dasar Industri Kreatif Negara disemak, pastikan agihan dana lebih adil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) bakal disemak semula bagi memastikan manfaat pembangunan industri kreatif dinikmati secara lebih adil dan menyeluruh.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, langkah ini bukan sahaja membuka peluang saksama kepada bakat tempatan, malah mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekosistem kreatif.


Sehubungan itu tambahnya, agensi berkaitan telah diarahkan memperuntukkan peratusan khusus dana kreatif kepada pemohon yang belum pernah menerima bantuan sebelum ini, sebagai mekanisme pengagihan lebih adil.


"Proses pengagihan dilaksanakan secara telus melalui penilaian berperingkat serta pendekatan semak dan imbang, memastikan integriti dan keberkesanan dasar," katanya dipetik di Dewan Rakyat semalam.


Sementara itu menurut Fahmi, industri budaya dan kreatif di Malaysia terus menjadi pemacu ekonomi negara dengan sumbangan 6.8 peratus kepada KDNK serta pertumbuhan 7.1 peratus pada 2024.


Manakala lebih 763,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor kreatif turut diwujudkan menerusi industri tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page