top of page

Dasar Ekonomi Madani lebih menyeluruh berbanding kemakmuran bersama



Dasar Ekonomi Madani yang dilancarkan oleh Kerajaan Perpaduan pada tahun ini lebih menyeluruh dan sesuai dengan persekitaran ekonomi Malaysia berbanding dasar kemakmuran bersama yang dicadangkan oleh Bank Dunia.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN - Larut) dalam perbahasan Dewan Rakyat sesi pagi.


Menurut PM, dasar kemakmuran bersama yang diambil daripada pandangan Bank Dunia sejak 2013 amat kurang sesuai selepas pandemik Covid 19, normalisasi baharu kehidupan, karamah insaniah dan keyakinan nilai agama berdasarkan budaya tempatan.


"Kita memilih untuk menamatkan wawasan kemakmuran bersama yang dicetuskan oleh Bank Dunia dan memperkenalkan Ekonomi Madani


"Asas yang ditanya oleh YB, pertama konteks negara kita berbeza. Tentunya ada pasca Covid tetapi kita terima keadaan kita menghadapi post normal time dengan keadaan tidak terjangka, bertentangan, dan kadang kadang berlaku dalam keadaan serentak permasalah.


"Jadi oleh itu, kita memikirkan keperluan untuk memperkenalkan dasar selari dengan nilai agama, pemikiran dan permasalahan tempatan yang tidak semestinya sesuai dengan saranan awal Bank Dunia.


"Kedua, ia bertunjangkan kemampanan ekonomi dan pembangunan fizikal tetapi memperluaskan dengan isu nilai, perpaduan, ihsan yang tidak ditekankan dalam kemakmuran bersama," katanya dalam menjawab soalan perbezaan antara dua dasar.


Tambah Menteri Kewangan itu lagi, dasar Ekonomi Madani juga mendukung cita cita menyeluruh untuk negara, bukan sahaja keberhasilan ekonomi tetapi saran sosial melibatkan keterangkuman dan tatakelola baik.


Manakala keempat, dasar Ekonomi Madani mengambil kira perkembangan ekonomi sesama termasuk Kajian Separuh Penggal RMK 12, Pelan Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian yang diluncurkan pada tahun ini


"Dasar ini dianggap lebih jelas yang menjadi panduan kepada sektor kerajaan, jentera kerajaan dan sektor swasta.


"Ekonomi Madani dengan tegas punyai kerangka pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page