top of page

Dasar baharu: Tiada halangan ahli politik hadir program sekolah



Tiada halangan untuk mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program yang diadakan di kawasan sekolah.


Hal itu dinyatakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kepada pemberita ketika menghadiri majlis iftar bersama warga pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis


Bagaimanapun jelasnya, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023, mengenai garis panduan undangan atau lawatan orang kenamaan dan ahli politik ke institusi pendidikan, yang dikeluarkan KPM.


"Sebenarnya KPM telah pun mengeluarkan garis panduan bagaimana tatacara kemasukan, bukan sahaja kepada orang kenamaan ahli politik tetapi kepada semua pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang mesti mendapat kebenaran daripada KPM.


Proses itu telah kami perincikan dalam garis panduan tersebut, termasuklah kebenaran mesti diperolehi dalam tempoh 30 hari, kemudian siapa yang menjemput, siapa yang ingin masuk ke sekolah itu mesti mengemukakan permohonan dan mesti ada perincian program, objektif dan impak program tersebut,” katanya.


Ketua Wanita KEADILAN itu sebelumnya diminta dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang yang tidak dibenarkan masuk ke sekolah di sebuah negeri, untuk menghadiri program di sekolah tersebut.


Malah, dasar Kerajaan Perpaduan amat terbuka dan tidak meneruskan kerajaan terdahulu yang melarang ahli politik pembangkang menghadiri sebarang aktiviti dianjurkan pihak sekolah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page