top of page

Darurat tidak perlu diteruskan selepas 1 Ogos - PH


Darurat wajar ditamatkan pada 1 Ogos ini dan tidak ada keperluan untuk melanjutkannya selepas tarikh itu.


Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan hari ini menegaskan Majlis Presiden gabungan itu menjunjung kasih dan menyokong titah pandangan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu seperti yang terkandung di dalam kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 16 Jun lalu, iaitu "tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021".


"PH dengan ini mengekalkan pendirian yang telah diumum sebelumnya, iaitu Darurat yang diisytihar pada 11 Januari tidak memberi kesan kepada usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 dan perlu ditamat segera.


"Malah berdasarkan bukti sains dan data, keadaan pandemik semakin meruncing dan bertambah teruk sejak Darurat diisytihar dengan jumlah kes positif dan kematian harian yang kekal tinggi," kata mereka.


Selain itu, Majlis Presiden PH juga berkata, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang mana gabungan tersebut mempunyai wakil di dalamnya, dan bakal bermesyuarat akhir Julai ini akan menyuarakan beberapa pendapat untuk menamatkan Darurat.


"Jawatankuasa perlu menjunjung titah pandangan Raja-Raja Melayu berhubung isu Darurat


"Menegaskan untuk menerima bukti sains dan data bahawa Darurat tidak memberi kesan kepada usaha pengawalan pandemik Covid-19


"Juga menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tidak melanjutkan Darurat selepas 1 Ogos 2021," kata mereka lagi.


Menurut Majlis Presiden PH, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat tersebut akan tamat fungsinya dan terbubar selepas 1 Ogos 2021.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page