top of page

Darurat tidak menyekat peralihan kuasa - Aziz Bari



Tafsiran kononnya peralihan kuasa tidak boleh berlaku apabila perisytiharan darurat dikuatkuasakan adalah tidak tepat.


Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari ketika membincangkan perkembangan titah Yang di-Pertuan Agong mahukan sidang Parlimen berlangsung berkata, proklamasi darurat tidak pernah menghalang operasi Parlimen, pilihan raya umum (PRU) mahu pun peralihan kuasa. Hal itu katanya, pernah berlaku di sepanjang sejarah Malaysia.


"Sebenarnya di sisi undang-undang tidak ada masalah (sidang Parlimen dijalankan). Tidak timbul soal Parlimen tidak beroperasi dengan (kuatkuasa) darurat seperti saya katakan sebelum ini.


"Kita telah mengadakan sidang Parlimen banyak kali di bawah darurat. Di bawah darurat 1965 yang berlarutan sehingga 2011 banyak sidang Parlimen dilangsungkan. Begitu banyak PRU dibuat, begitu juga soal peralihan kuasa.


"Tiga perkara, Parlimen, PRU dan peralihan kuasa telah berlaku. Peralihan kuasa merujuk perubahan pimpinan daripada Tunku kepada Tun Razak berlaku pada September 1970, sewaktu darurat.


"Ini menepis apa yang disebut oleh Presiden Dewan Negara Rais Yatim bahawa perubahan kuasa tidak boleh berlaku ketika ini," katanya dalam siaran langsung Facebook bertajuk 'Sidang Parlimen dan Pasca Soal Siasat', semalam.


Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu lagi, mengambil contoh penyerahan kuasa dari Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak pada 1970an yang berlaku dalam suasana darurat, tidak mustahil perlihan kuasa juga boleh berlaku dalam darurat 2021 ini.


"Saya kata apabila Tunku menyerahkan kuasa kepada Tun Razak sebenarnya ia satu perubahan kerajaan walaupun berlaku dalam parti yang sama (Umno).


"Tetapi dari segi undang-undang kerajaan diserahkan kepada Tun Razak, dan majoriti ada di situ kerana parti (Umno) beri lampu hijau, Perdana Menteri lama letak jawatan dan beri kepada yang baru," katanya.


Pada 24 Februari lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat. Titah tersebut disampaikan kepada Presiden Dewan Negara Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page