top of page

Darurat tamat, KEADILAN Sarawak bakal adakan mesyuarat tergempar


KEADILAN Sarawak akan mengadakan mesyuarat tergempar berikutan penamatan proklamasi darurat yang diisytiharkan di Sarawak.


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, mesyuarat itu berkemungkinan akan diadakan esok (5 Nov) tetapi masanya masih belum ditetapkan sementara menunggu notis yang akan dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Joshua Jabeng.


“Sebarang perkembangan dan keputusan terkini daripada KEADILAN Sarawak akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberikan perkenan diraja untuk menamatkan darurat yang diisytiharkan di Sarawak.


Sarawak perlu mengadakan pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari memandangkan tempoh khidmat dewan undangan negeri telah pun tamat pada Jun lalu.


Darurat di Sarawak diisytiharkan pada Ogos dan sepatutnya tamat tempoh pada 2 Februari 2022.


Parti pembangkang di Sarawak sebelum ini menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya tidak menamatkan darurat lebih untuk mengadakan pilihan raya negeri kerana risiko Covid-19.


Pada pilihan raya negeri 2016, KEADILAN Sarawak memenangi tiga kerusi DUN iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba ​​Kelalan namun tidak lagi mempunyai ADUN selepas ketiga-tiganya keluar atau dipecat oleh parti.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page