
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan sama ada pelaksanaan darurat ketika ini gagal menangani penularan wabak Covid-19.
Beliau berkata, ia berdasarkan pemerhatian terhadap beberapa perkara termasuk isu kapasiti hospital.
"Kata Perdana Menteri, fungsi darurat adalah untuk ‘melawan Covid-19’. Tapi sampai sekarang, katil ICU hospital hampir tak cukup, jumlah kematian paling tinggi sejak pandemik mula dan pusat kuarantin sudah hampir penuh," katanya.
Malah, beliau berpandangan beberapa faktor proses vaksinasi dan insentif dilihat gagal membantu meringankan beban kerajaan ketika ini.
"Pendaftaran dan pemberian vaksin lembap, jumlah kes positif kekal sangat tinggi dan tiada bantuan tambahan bagi PKP 3.0.
"Jadi, walaupun ada kuasa penuh darurat, kenapa kerajaan tetap gagal?" soalnya.
Comments