top of page

Darurat boleh halang PRU: Hanya satu mitos - Dr Aziz Bari



Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari lalu didakwa sesetengah permerhati politik sebagai usaha untuk menghalang terjadinya Pilihan Raya Umum (PRU), sebagaimana didesak pemimpin Umno.


Bagaimanapun realitinya dalam sejarah Malaysia, terdapat beberapa PRU dijalankan sewaktu darurat.


Menurut pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, pihak yang percaya bahawa darurat mampu menghalang PRU sebenarnya terkeliru.


"Ini mungkin satu mitos (darurat hentikan PRU) sebab negara kita pernah mengadakan PRU sewaktu darurat, iaitu 1955.


"Darurat yang pertama diisytihar sebelum merdeka. Antara tahun 1948 dan 1960, PRU pertama diadakan pada waktu darurat, PRU kedua (1959) juga waktu darurat.


"Saya tidak nampak darurat boleh digunakan untuk menghalang PRU atau menghentikan PRU. Darurat secara teknikal, kalau dilihat Perkara 150, adalah beri kuasa yang luas untuk kerajaan buat undang-undang tanpa ke Parlimen. Atau Parlimen buat undang-undang yang tidak boleh dibuat dalam keadaan biasa.


"Itu darurat sebenarnya. Darurat bukan menggantung PRU," katanya dalam siaran langsung di Facebook rasmi beliau malam semalam.


Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu lagi, rakyat tidak seharusnya melupakan sejarah bahawa darurat berjalan cukup lama di Malaysia, terutama dalam membanteras ancaman pengganas komunis.


"Mungkin ramai tidak perasan banyak PRU di negara kita dilakukan sewaktu darurat.


"Muhyiddin Yassin kena fikirkan perkara ini. Tidak tahu penasihat-penasihat dia perasan atau tidak," katanya sinis.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page