top of page

Darurat beli ahli politik: Majoriti Ahli Parlimen tidak bersama Muhyiddin - Saifuddin

Updated: Mar 1, 2021




KEADILAN mengecam permainan politik melampau kerajaan Perikatan Nasional yang bertindak 'membeli pengaruh' melalui perisytiharan darurat.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hanya tindakan melompat dua Ahli Parlimen KEADILAN itu sahaja yang menjadi langkah besar dibuat pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin sepanjang tempoh darurat yang kononnya untuk mengekang Covid 19.


"Apa yang jelas, pada ketika wabak Covid-19 masih merebak dan ekonomi negara terus suram, darurat digunakan sebagai alasan mengekalkan kuasa kerajaan yang telah hilang sokongan majoriti, iaitu dengan memberi masa untuk mendapatkan sokongan Ahli-ahli Parlimen melalui ugutan mahupun tawaran jawatan dan habuan.


"Walaupun dengan pengkhianatan 2 Ahli Parlimen hari ini (semalam), Tan Sri Muhyiddin perlu sedar bahawa majoriti Ahli-ahli Parlimen sudah tidak lagi bersama beliau. Beliau sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang lemah ini tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Bagaimanapun, kata Saifuddin, KEADILAN memikul tanggungawab di atas pengkhianatan yang berlaku dan kemarahan pengundi di Parlimen Julau serta Tebrau. Oleh itu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kata beliau, telah membuat keputusan memecat keanggotaan kedua-dua Ahli Parlimen terbabit.


"KEADILAN memohon maaf kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap 2 Ahli Parlimen yang telah membuat tindakan keluar parti. Majlis Pimpinan Pusat juga telah membuat keputusan memecat Larry Sng, Ketua Cabang Julau, dan Steven Choong, Ketua Cabang Tebrau, sebagai anggota KEADILAN dengan serta-merta," katanya.


Sehubungan itu, Saifuddin mengarahkan jentera KEADILAN di kedua-dua Cabang berkenaan melipatgandakan usaha bagi merebut kembali kawasan tersebut pada pilihan raya umum ke 15 yang mungkin diadakan beberapa bulan dari sekarang.


"Jentera KEADILAN di kedua-dua cabang tersebut diminta melipat gandakan usaha mendampingi rakyat, menyelesaikan isu dan masalah, serta bersiap sedia mengambil semula kerusi-kerusi ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.


"Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang bertanding di atas tiket KEADILAN tetapi mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti," katanya lagi.


Semalam, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng mengumumkan sokongan beliau ke atas PM Muhyiddin. Begitu juga Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong. Kedua-duanya didapati bergambar bersama Muhyiddin, Azmin Ali dan beberapa pimpinan Bersatu.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page