Daroyah khianati rakyat, perlu kosongkan kerusi DUN - Amirudin Shari


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa Dr Daroyah Alwi supaya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa selepas bertindak keluar dari parti KEADILAN.


Beliau berkata, Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu telah mengkhianati mandat rakyat yang memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk terus mentadbir negeri Selangor.


"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Daroyah Alwi yang telah mengumumkan keluar dari KEADILAN.


"Tindakan ini jelas satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat yang telah memberi mandat jelas kepada PH untuk mentadbir negeri Selangor PRU-14 yang lepas," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, Amirudin mahukan Daroyah berundur sepenuhnya dalam semua jawatan yang dilantik sebelum ini termasuk sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa.


"Saya menggesa Dr Daroyah untuk segera meletak jawatan ADN Sementa sekiranya masih bermaruah.


"Peletakan jawatan beliau selaku Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diuruskan oleh Pejabat Dewan Negeri Selangor melalui YB Speaker," katanya.


Pada masa sama, Amirudin memberi jaminan bahawa kerajaan Selangor akan terus memberikan tumpuan penuh kepada usaha menangani COVID-19.


Malah, beliau yakin ahli-ahli yang berpaling tadah tidak akan mengganggu-gugat KEADILAN dan PH Selangor secara keseluruhan.


"Keutamaan Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini adalah untuk menggembleng inisiatif membantu rakyat Selangor yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19


"Saya yakin ADN KEADILAN serta semua lapisan jentera KEADILAN terutamanya Ketua-ketua Cabang KEADILAN merasa mual dengan politik separa matang yang tidak berkesudahan.


"KEADILAN dan PH Selangor beriltizam berkhidmat sedaya-upaya demi menghormati mandat rakyat," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio