Dari perjuangan pekerja, Abdullah Sani tawar bertanding Naib Presiden KEADILAN



Posisi Naib Presiden KEADILAN bukan sahaja ditandingi calon calon muda tetapi juga calon heavyweight yang berpengalaman di dalam dua medan perjuangan, politik dan kesatuan sekerja.


Bagi Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, sudah tiba masanya beliau menawarkan diri untuk menjadi Naib Presiden KEADILAN selepas 2 dekad bersama membina KEADILAN sejak dari era Reformasi.


Dalam siaran medianya semalam, Abdullah mengungkap detik detik awal sebagai perjuang Reformasi yang saban minggu mendengar ceramah dan menunjuk perasaan serta tidak kurang dikejar serta ditahan polis.


Perjuangan tersebut, kata beliau, membawa dirinya bergabung sebagai antara anggota terawal KEADILAN dan juga saf kepimpinannya.


"Menyertai perhimpunan telah sebati dengan diri saya, sehingga saya di gelar 'raja piket'. Bergelombang dengan hal pekerja untuk melihat sendiri kesusahan mereka. Pernah saya memangku jawatan Presiden MTUC.


"Pada tahun 2008 saya diamanahkan untuk bertanding di Kuala Langat. Sebuah kawasan didominasi oleh BN dengan majorti lebih 20,000 undi. Tiada siapa yang berani untuk bertanding di Kuala Langat. Jika tidak kalah, pasti hilang deposit.


"Saya hadir berbekalkan amanah. Alhamdulillah Allah menghadirkan kegembiraan buat kita dengan majoriti 900 undi ketika itu.


"Pada PRU ke 13 saya kembali dipilih menewaskan BN dengan majoriti 5,000 undi. Ini membuktikan KEADILAN diterima di kawasan luar bandar


"PRU 14 dengan berat hati saya tinggalkan Kuala Langat dan hijrah ke Kapar dengan pertembungan 5 penjuru, dan saya berjaya," katanya.



Perjuangan beliau sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal tidak sia sia. Menurut Abdullah banyak isu isu yang diutarakannya kini telah menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan.


"Antaranya penambahan hari cuti bersalin, sekarang ini dipinda dalam Akta Kerja oleh kerajaan, meringankan beban kerja pentadbiran di kalangan guru juga gaji minima dan banyak lagi.


"Perkara besar adalah cadangan saya mengenai program alternatif golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan dan ini diterima kerajaan. Pada 2017 saya dipanggil oleh PM membincangkan perkara ini secara khusus dan akhirnya skim insurans pekerja dibahaskan di Dewan Rakyat.


"Pandemik Covid 19 telah membuktikan betapa penting skim insurans pekerja," katanya.


Justeru, dengan sokongan anggota KEADILAN dan permintaan para penyokong, Abdullah pada pemilihan kali ini akan menawarkan diri untuk membawa parti ke arah yang lebih teguh dan gemilang dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Berbekalkan pandangan, dokongan serta pesanan dari semua pihak, pada hari ini 4 April 2022, bersamaan 2 Ramadan dan hari ulang tahun KEADILAN ke 23, maka saya Abdullah Sani bin Abdul Hamid ingin mengumumkan seperti berikut. Saya telah membuat keputusan untuk tidak mempertahankan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat.


"Kedua, sebaliknya untuk turut sama menyuburkan proses demokrasi dan persaingan dalam parti, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan KEADILAN 2022," katanya.


Ahli Parlimen Kapar itu juga turut menyeru kepada semua pihak yang bertanding dalam pemilihan kali ini agar bekerja sebagai satu pasukan yang utuh untuk menundukkan keegoan kerajaan BN dan bergerak ke arah reformasi sebenar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER