Generasi selepas merdeka sehingga ke hari ini di Johor masih banyak yang terpaksa berkerja di Singapura.
Mengapakah selama lebih 60 tahun mentadbir, BN tidak mampu membawa masuk pelaburan asing secukupnya untuk mewujudkan pekerjaan di Johor?
Luahan uncle Lau Peck tentang pekerjaan buruhnya di Singapura mewakili 200,000 warga Malaysia yang terpaksa mencari makan di republik itu dan mengharapkan kerajaan Johor mengusahakan nasib yang lebih baik buat generasi akan datang.
"Nama saya Lau Peck. Usia menjangkau 62 tahun. Dulu sebelum PKP, saya mencari rezeki di Singapura. Seawal pukul 2 pagi, saya menaiki kapchai mengharungi jalan raya yang gelap gelita berulang alik Malaysia-Singapura setiap hari. Tidak kira keadaan diri sakit, selama 30 tahun, saya bekerja sebagai pekerja biasa di perlabuhan.
"Saya masih ingat ketika itu perbezaan mata wang Malaysia dengan Singapura hanyalah SG$1 bertukar RM1.60. Kini dah jadi RM3.10. Mengapakah ringgit berdepan dengan perjalanan yang sukar?
"Saya masih cuba memahami mengapa negara sebesar Malaysia, kaya sumber asli tidak mampu menyediakan peluang seperti Singapura?
"Kerja saya susah, kadang-kala berterusan ditindas di negeri orang. Saya berharap agar anak cucu saya tidak perlu lagi bekerja di negeri orang..," katanya.
Justeru, dalam Pilihan Raya Negeri Johor KEADILAN menawarkan untuk mengusahakan membawa lebih banyak pelaburan langsung asing dari Singapura bagi membuka kawasan perindustrian dan komersial baharu di Johor.
KEADILAN juga akan memperjuangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 dan peluang pekerjaan tempatan yang lebih berkualiti buat anak watan Johor.
Kommentarer