top of page

Dari mana SPRM petik Ahli Parlimen Sekijang ditawar RM10 juta - Saifuddin Nasution



Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan media mendakwa Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail mengesahkan beliau tidak ditawarkan sogokan sebanyak RM10 juta menjadi tanda tanya.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Natrah tidak pernah mengeluarkan kenyataan beliau ditawarkan RM10 juta.


Oleh itu, katanya, dari manakah SPRM memperolehi fakta dalam membuat kenyataan media suruhanjaya itu, semalam.


"Merujuk kepada aduan yang dibuat Ahli Parlimen wanita KEADILAN dari Sekijang. Kenyataan itu sebenarnya mengukuhkan kenyataan awal Majlis Presiden bahawa instrumen kerajaan digunakan sebagai senjata politik


"Alasan saya, beberapa hari lepas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail membuat pendedahan ada percubaan menyogok beliau untuk mengalih sokongan kepada PM.


"(Lantaran itu) SPRM pantas membuat kenyataan meminta Natrah membuat aduan. Sekali lagi beliau sebagai warganegara bertanggungjawab, Ahli Parlimen yang ditawarkan sogokan, segera ke pejabat SPRM untuk membuat aduan


"Luar biasa SPRM pantas membuat kenyataan media (pada hari sama) bahawa Natrah menafikan menerima RM10 juta. Daripada kenyataan awal Natrah, amaun RM10 juta tidak pernah beliau sebut.


"Soalan saya ialah dari mana SPRM petik perkataan RM10 juta itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya, pagi tadi.


Bagi Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, amat tidak wajar SPRM mengeluarkan kenyataan RM10 juta sebelum siasatan dilakukan ke atas Natrah.


Katanya, SPRM seharusnya bersikap profesional dan tidak cuba memihak dalam hal-hal siasatan.


"Kalau Natrah pergi pejabat SPRM dan dia ditanya ada terima RM10 juta? Beliau yang tidak terima sudah tentu akan kata tidak. (Adakah) berdasarkan reaksi beliau, SPRM pantas keluarkan siaran media Natrah nafi terima RM10 juta sebelum siasatan?


"Ini yang saya kata kita mempunyai asas yang kuat melihat SPRM sekarang sebagai senjata politik. Kerana itu kita menggesa SPRM (sedar) kerajaan yang ada ini sangat rapuh, tak tahu berapa lama boleh bertahan. Jadi SPRM jangan jadi alat untuk menongkat kerajaan rapuh


"Kita percaya Ahli Parlimen KEADILAN dan Ahli Parlimen pembangkang lain kekal dengan pendirian sekarang. SPRM harus mengakui amalan menawarkan sogokan ini benar-benar berlaku. Apabila aduan dibuat kepada SPRM jalankanlah siasatan dan bukan ghairah mengeluarkan kenyatan untuk neutralisekan kenyataan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen," katanya.


Sehubungan itu, Saifuddin akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mengadakan perbincangan dan menawarkan maklumat mengenai usaha menyogok Ahli Parlimen KEADILAN sekiranya suruhanjaya itu benar-benar ikhlas mahu menjalankan siasatan.


"Saya dalam masa terdekat akan menulis kepada Ketua Pesuruhjaya Azam Baki memohon diadakan pertemuan dengan beliau sebagai Setiausaha Agung KEADILAN.


"Jika beliau bersedia beri kerjasama saya akan beri beberapa pembuktian bagaimana usaha tawaran dan sogokan itu sedang berjalan," katanya lagi.


Namun tegas Saifuddin, jika SPRM tidak telus dan terus mengeluarkan kenyataan media mendahului siasatan maka pihak KEADILAN akan bertindak dengan cara lain dalam isu sogokan politik itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page