top of page

Dari mana datang longgokan kayu balak, jika benar tiada pembalakan?

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Dec 30, 2021
  • 1 min read

ree

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tampil mempersoalkan longgokan kayu-kayan yang hanyut ketika banjir melanda di Telemong, Pahang.


Katanya, batang-batang kayu boleh dilihat dengan jelas di Kampung Sri Telemong, Karak.


"Beribu-ribu batang kayu hanyut sewaktu banjir. Persoalannya, bagaimana kayu-kayan ini boleh sampai ke sini? Dari mana ianya datang?" soalnya.


Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kemudian tampil menjelaskan bahawa tiada aktiviti pembalakan, sebaliknya ia adalah kesan daripada fenomena kepala air.


Namun, kenyataan itu tetap menimbulkan pertikaian.


"Kepala air itu memang fenomena semula jadi," balas Fuziah.


"Cuma longgokan kayu itu, dari mana pulak datangnya. Sungguh cantik dan kemas ‘kepala air’ memotong kayu balak ini.


"Apa jawapan JPNP? Satu siasatan khas wajib dimulakan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page