top of page

DAP umum senarai calon hadapi PRN Sabah ke-17

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 minutes ago
  • 1 min read
Anthony Loke memperkenalkan calon calon DAP dalam satu majlis di Sutera Resort, Kota Kinabalu
Anthony Loke memperkenalkan calon calon DAP dalam satu majlis di Sutera Resort, Kota Kinabalu

Parti DAP mengesahkan bertanding sebanyak lapan kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke 17.


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan senarai bakal calon Pakatan Harapan-DAP dalam satu Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya yang diadakan di Kota Kinabalu.


Menurut satu kenyataan, barisan calon yang diumumkan mencerminkan kepelbagaian dan keterangkuman dalam DAP Sabah, dengan separuh daripada mereka terdiri daripada wakil wanita, manakala yang termuda berusia 25 tahun, menggambarkan semangat baharu dalam perjuangan parti.


“Barisan ini mencerminkan kepelbagaian dalam DAP Sabah, dengan separuh daripadanya adalah wakil wanita. Bukan itu sahaja, DAP Sabah juga mengetengahkan orang muda dengan yang termuda berusia 25 tahun,” kata kenyataan itu.


Berikut senarai bakal calon PH–DAP bagi PRN Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada 29 November 2025:


N19 Likas – Phoong Jin Zhe


N21 Luyang – Chan Loong Wei


N22 Tanjung Aru – Datuk Chan Foong Hin


N25 Kapayan – Jannie Lasimbang


N55 Elopura – Vivian Wong


N56 Tanjong Papat – Tang Szu Ching


N69 Sri Tanjong – Philip Yap


Anthony Loke turut memaklumkan bahawa seorang lagi bakal calon PH–DAP bagi kawasan pedalaman akan diumumkan dalam masa terdekat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page