top of page

DAP lebih faham matlamat politik Islam berbanding Pas?



Serangan bertali arus pemimpin Pas ke atas DAP hanya akan membuka mata rakyat untuk membuat perbandingan matlamat politik parti mana yang lebih membawa manfaat.


Hal itu timbul, kata Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob ekoran serangan terbaharu Presiden Pas Hj Hadi Awang ke atas DAP yang dituduhnya sebagai anti Islam, pro komunis dan bersekutu dengan pertubuhan komunis antarabangsa.


Menurut Ahmad Nadhir, sikap suka melempar tuduhan itu hanya menyerlahkan kejahilan Presiden Pas dan para pengikut parti tersebut terhadap maksud atau tujuan sebenar politik yang digariskan oleh Islam.


"Dalam Islam garis panduan politik sangat umum, di mana politik adalah alat untuk menegakkan maslahah rakyat dan melindungi daripada kezaliman serta menegakkan keadilan.


"Jika kita melihat kepada prestasi menteri-menteri Kerajaan Perpaduan terutama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang merupakan Setiausaha Agong DAP, semenjak beliau menjadi Menteri, pelbagai isu dalam portfolio beliau dapat diselesaikan dengan baik. Manakala rakyat terbanyak mendapat manfaat daripada tindakan dan keputusan beliau bersama jemaah menteri kabinet," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Nadhir Yob

Hal itu kata Ahmad Nadhir berbeza dengan Pas yang berterusan menuduh DAP dan bersusah payah mahu menunjukkan mereka lebih islamik dalam bidang pentadbiran sedangkan permasalahan utama rakyat di tiga negeri yang diperintah tidak dapat diselesaikan.


Beliau berkata, rakyat kini mula membandingkan masalah air dan kesesakan jalan raya di Kelantan yang sudah puluhan tahun, masalah pengurusan sampah yang tidak kompeten di Terengganu serta rakyat Kedah yang terpaksa berhari raya dalam keadaan ketiadaan air.


"Contoh-contoh di atas menunjukkan Pas sebenarnya tidak langsung memahami asas politik Islam. Untuk menutup keegoan mereka maka mereka menuduh pihak lain sebagai anti Islam.


"Situasi ini sebenarnya menunjukkan ada pihak lain yang lebih memahami tujuan politik di dalam Islam berbanding Pas sendiri," ujarnya.


Tegas Ahmad Nadhir lagi, politik dalam konteks sebenar di dalam Islam ialah menyelesaikan permasalahan rakyat, bukan sewenang-sewenang menuduh pihak lain sebagai tidak islamik dan kafir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page