top of page

DAP kutuk serangan ke atas rumah Ngeh Koo Ham



Serangan "molotov cocktail" ke atas kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dikutuk keras oleh DAP.


Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, serangan yang memusnahkan salah sebuah kereta pemimpin DAP Perak itu tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia yang bertamadun.


"Pada awal pagi tadi, saya dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa rumahnya diserang dengan "molotov cocktail" sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya.


"Pihak Bomba sempat memadamkan api dan mengelak kebakaran tersebut merebak ke dalam bangunan kediamannya.

Petikan media Sin Chew, kebakaran di hadapan rumah

Laporan polis juga telah dibuat dan kami yakin pihak polis akan bertindak tegas dan cepat untuk menyiasat dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah tersebut," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, Anthony Loke mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah serius bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terkawal dan menolak tindakan pelampau dengan alasan apa pun.


"Saya mewakili seluruh pimpinan DAP berasa simpati dan bersolidariti dengan keluarga beliau (Koo Ham) dalam kejadian keganasan tersebut.


"DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ganas ini yang mengancam keselamatan nyawa keluarga beliau dan menegaskan apa sahaja bentuk keganasan tidak boleh diterima dalam menangani perbezaan dalam masyarakat kita.


"DAP juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan PDRM supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga," katanya.


Koo Ham sebelum ini terlibat dalam beberapa kenyataan kontroversi, bagaimanapun hal itu dibuat dalam lingkungan kebebasan bersuara dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page