top of page

DAP calonkan Sheikh Umar di Ayer Hitam tambat hati pengundi muda



Pertambahan signifikan pengundi muda di Parlimen Ayer Hitam menyebabkan DAP menukar strategi menamakan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai calon P148 Ayer Hitam.


Menurut Sheikh Umar, pencalonan beliau itu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke malam tadi diterimanya dengan iltizam untuk berusaha sekuat daya menjamin kemenangan Pakatan Harapan (PH).


"Dalam PRU14 yang lalu, Liew Chin Tong menggerakkan kempen menjadikan Johor sebagai negeri barisan hadapan PH. Usahanya berjaya apabila pengundi Johor memberi kemenangan kepada PH di peringkat negeri dan Persekutuan.


"Namun, Chin Tong sendiri tewas dengan hanya majoriti 303 undi sahaja dalam persaingannya menentang penyandang kerusi Presiden MCA Dr Wee Ka Siong yang memenangi kerusi Ayer Hitam buat penggal keempat.


"Namun, hari ini, segala-galanya berubah. Kini ada penambahan sebanyak 21,000 pengundi baru secara automatik dan Undi 18. Ini bermakna senario pilihan raya di Ayer Hitam pastinya berbeza. Tiada siapa dapat meramalkan keputusannya sekarang," kata Sheikh Umar dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, parlimen Ayer Hitam sejak sekian lama adalah kawasan pengundi pelbagai kaum. Untuk memenangi kerusi itu, katanya, pendekatan sederhana yang bersifat Bangsa Malaysia diutamakan.


"Walaupun bukan mudah untuk berhadapan Presiden MCA. Namun saya percaya kuasa rakyat dan izin Allah SWT akan menjadi penentunya. Saya percaya rakyat yang jujur dan bijak akan menolak parti yang bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa serta mengamalkan budaya antara dua darjat.


"Kemenangan PH kali ini sangat penting untuk masa depan rakyat Malaysia. Ia untuk memastikan kita akan mendapat peluang kerja, mampu membeli barangan dan perkhidmatan berkualiti dengan harga berpatutan, dan anak-anak dapat ke sekolah serta menyambung pelajaran ke universiti," katanya.


Jelas Sheikh Umar lagi, perjuangan PH adalah untuk memastikan BN tidak kembali berkuasa dan memusnahkan negara apabila Zahid Hamidi mengumumkan PRU15 sebagai 'mother of all general election' yang wajib dimenangi oleh BN.


"Bagi kami, PRU15 ini penting untuk memastikan kerajaan PH yang dibentuk selepas 19 November nanti akan mentadbir negara dengan baik, amanah dan berintegriti. Ekonomi dipulihkan, ringgit distabilkan, keharmonian rakyat terus dijaga serta dapat nama Malaysia diangkat semula ke mercu dunia," katanya.


Justeru itu, dengan rendah hati beliau memohon sokongan pengundi P148 Ayer Hitam untuk Pakatan Harapan. Kemenangan PH di Ayer Hitam, katanya dapat melakar masa depan yang lebih baik dan gemilang untuk Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page