top of page

DAP calonkan muka baru terus kesinabungan di Selangor



DAP hari ini mencalonkan beberapa muka baharu untuk meneruskan kesinabungan penguasaan parti berkenaan di Dewan Negeri Selangor.


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media tengah hari tadi membacakan nama nama calon parti itu di Selangor dan berharap pengundi akan menerima mereka untuk diangkat sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.


"Di dalam PRN akan datang DAP meletakkan 15 calon.


"Kita telah membuat pertimbangan dan keputusan untuk satu barisan calon yang dapat meyakinkan pengundi, menyatu padukan jentera parti bersama PH, dan kita nak pastikan bahawa kita bergerak sebagai satu pasukan yang kuat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur.


Beliau dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada beberapa calon lama yang telah berjasa di Selangor seperti Datuk Teng Chang Khim, Lau Weng San yang dicadangkan bakal menjadi Speaker Dewan Negeri Selangor sekiranya Kerajaan Perpaduan menang, dan juga Ean Yong Hian Wah yang akan menjadi Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.


"Saya rakamkan penghargaan kepada beberapa penyandang memberikan laluan kepada calon baru.


"Saya yakin dengan barisan calon ini, kita mampu pertahankan kesemua 15 kerusi daripada kerusi penyandang di Selangor," katanya.


Calon DAP di Selangor pada kali ini adalah seimbang dengan 40% muka baharu, calon wanita 33% dan anak muda di bawah umar 40an sebanyak 33%.


Berikut calon yang diturunkan oleh DAP:


Sekinchan - Ng Suee Lim

Kuala Kubu Baharu - Lee Kee Hiong

Teratai - Yew Jia Haur

Balakong - Ong Chun Wei

Seri Kembangan - Wong Siew Ki

Kinrara - Ng Sze Han

Subang Jaya - Michelle Ng Mei Sze

Bukit Gasing - Rajiv Rishyakaran

Kampung Tunku - Lim Yi Wei

Bandar Utama - Jamaliah Jamaluddin

Bandar Baru Klang - Quah Perng Fei

Pandamaran - Leong Tuck Chee

Kota Kemuning - Preakas Sampunathan

Banting - Papparaidu Veraman

Sungai Pelek - Lwi Kian Keong


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page