top of page

Dana RM1 bilion kepada Felda belum dibayar sejak 2022 - Shabery



Pemansuhan sebahagian hutang peneroka Felda hanya selesai sekiranya janji Kerajaan untuk mambayar Felda sekitar RM1 bilion setahun dilaksanakan.


Namun menurut Pengerusi Felda yang baharu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar, kanan), pembayaran tersebut tidak pernah dibuat sejak pengumuman pemansuhan hutang peneroka dilakukan.


Shabery muncul dalam catatan di Facebook beliau petang ini mendedahkan kebenaran sebaik sahaja bekas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin mendakwa PM Datuk Seri Anwar berbohong menyatakan penyelesaian hutang Felda baharu beliau dilakukan bulan lalu.


"Betul, tahun 2021 diumum hutang peneroka kepada Felda dilupus. Tapi Felda pulak berhutang melalui sukuk untuk ambik alih FGV, bayar hutang KWSP dan Maybank. Banyak tu, lebih RM 9 bilion.


"Macamana Felda nak bayar hutang?


"Dulu Tan Sri (Mahiaddin) semasa jadi PM kata kerajaan akan bayar RM 1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya dah mula bayar tahun 2022. Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh jatuh.


"Ia hanya janji, tapi tak laksana. Sebab tak ada hitam putih dengan Felda untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu," kata Shabery.


Tegas beliau, hanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dan Kerajaan Perpaduan sahaja yang bersungguh sungguh menyelesaikan masalah dengan menyuntik dana bantuan.


Katanya, kerajaan telah mula membayar RM1 bilion dan hutang Felda akan berkurangan selepas ini setiap tahun berdasarkan formula yang dirangka.


"PMX, Kerajaan Perpaduan baru baru ini putuskan penyelesaian. Buat Perjanjian dengan Felda untuk selesaikan sukuk. Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada Felda untuk selesaikan hutang itu.


"Alhamdulillah Felda lega dan boleh bantu lagi peneroka," kata Shabery lagi.


Semalam, PM Anwar mengumumkan kerajaan mula membantu Felda dengan dana yang dijanjikan dalam tempoh 10 tahun bagi meneruskan komitmen agensi tersebut dalam menghapus sejumlah besar hutang para peneroka.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page