top of page

Dana Pengiklanan Digital OHSEM versi 2.0 dilancarkan



Kerajaan mengumumkan pemberian Dana Pengiklanan Digital OHSEM versi 2.0 untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS).


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menurut laporan berkata, pemberian dana itu susulan sambutan hangat diterima setelah ia dilancarkan tahun lalu.


Bagi tahun ini jelasnya, sejumlah RM42 juta diperuntukkan bagi pemberian dana tersebut hasil kerjasama Dattel Asia Group (DTL), REV Media Group (REV) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).


"Alhamdulillah, Dana Iklan Digital OHSEM tahun 2023 mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Saya harap mereka yang terlepas peluang tahun lalu dapat merebut peluang kali ini", kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipetik.


Majlis pelancaran dana Dana Pengiklanan Digital OHSEM versi 2.0 disempurnakan Fahmi dalam satu acara di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia Group, Ashran Dato Ghazi berkata Inisiatif kerjasama swasta dan kerajaan ini amat strategik dan mempunyai impak tiga penjuru iaitu kepada PKS, Platform Konten Lokal dan Ekonomi negara.

Melaluinya, usahawan PKS boleh mendapat akses kepada pengiklanan yang bernilai RM8,000 dengan hanya RM1,000 sahaja,


Bukan itu saja, PKS akan menerima baucar pengiklanan bernilai RM 7,000 secara percuma, akses kepada platform data pengguna bernilai RM 10,000 dan diskaun sehingga 85 peratus untuk produk pengiklanan dan teknologi pemasaran.


Difahamkan, dana tersebut hanya diberikan kepada 2,000 usahawan dan permohonan boleh dibuat melalui https://www.ohsemads.com/danaohsem


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page