top of page

Dana khas masyarakat India Johor dipohon melalui parti politik?

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 15, 2021
  • 1 min read


Dana khas kepada masyarakat India sepatutnya diterima oleh semua orang dan tidak memilih bulu. Namun hal itulah yang berlaku di Johor.


Menurut ADUN Tiram, S Gopalakrishnan, beliau membangkitkan hal berkenaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini untuk pengetahuan Kerajaan Negeri.


"Pada Persidangan DUN Johor baru-baru ini, saya telah membawakan isu berkenaan dana khas kepada kaum India yang ditawarkan sebelum ini, sama ada ia mencakupi atau ia disalurkan secara memilih bulu melalui saluran parti MIC sahaja?


"Sebelum ini saya pernah memohon melalui online sebanyak 142 permohonan. Sehingga sekarang dana belum diluluskan. Akan tetapi bilamana dipohon melalui parti berlaku sebaliknya.


"Maka saya menyuarakan di dalam persidangan tersebut dengan jelas, perihal kebajikan tidak seharusnya menjadi isu politik dan mewakili masyarakat kaum India khususnya," kata Gopala yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page